Follow Jangan Tak Follow

Monday, January 6, 2014

Trip Haruan Sepanjang Cuti Pertengahan Semester

Salam semua.

21/12/13 - 5/1/14 yang lepas cadet cuti, so, sepanjang cuti ni memang cadet habiskan dengan mancing je. Boleh dikatakan hari-hari. Masa cuti ni la nak pulun kan. hehe..

Sampai-sampai rumah je cadet dah g casting haruan kat estate belakang kampung. Tapi kumpau..haha.. Dulu estate ni banyak gila haruan size2 mega. Ada member ni satu trip dapat 4 eko haruan saiz sekilo lebih. Baru2 ni ada apek dapat 2kg lebih..besar tu..

Tapi dulu la banyak, sekarang dah kurang. Ramai sangat yang mancing. Banyak yang kecik2 je. Yang besar ada tapi susah beno nak ndapatkannye.

Esoknya cuba lagi, dapat la sekor curut. Jadi la pengubat kumpau.


Biar gambar yang berbicara..




ada lagi lain2 gambar, tapi cadet x sempat nak tangkap gambar. haruan kat tempat cadet kurang dah. Tak macam tahun 2012. Masa tu cast satu lubang tiga hari pun ikan tak habis2. Pernah cadet kumpul ikan tu sampai 200 eko. Buat ikan kering..memang A..

masa cuti ni jugak bencana berlaku, rod abu vengeance cadet patah. Tak tau la sebab apa, cast tetiba bunyi prakkk..sekali dah lohe..hmmmm. Sabo jelah. Tapi lepas tu cadet terus sambar rod member cadet. Expert Graphite Excellence 10-16lb. Mmmg A rod tu. Ringan ya amat. Rod lejen tu. pernah naik banyak ikan. Sebarau 5kg, siakap 5kg lebih. Cadetlah pewaris rod tu..hehe..

Ok, sampai sisni saja..assalamualaikum :)

1 comment:

  1. Hello! Perkenalkan, saya dari tim kumpulbagi. Apakah Anda berencana untuk mengoleksi files menggunakan hosting yang baru?
    Jika ya, silahkan kunjungi website kami http://kbagi.com/ atau www.facebook.com/kumpulbagi/ untuk info selengkapnya.
    Di sana anda bisa dengan bebas share dan mendowload foto-foto keluarga dan trip, music, video, filem dll dalam jumlah dan waktu yang tidak terbatas, setelah registrasi terlebih dahulu. Gratis :)

    ReplyDelete