Follow Jangan Tak Follow

Friday, May 10, 2013

Trip Haruan 10/5/2013

Disebabkan tak tau nak buat apa, cadet ajak member cadet g mancing. Pagi-pagi dah gerak, hari jumaat pulak tu. Kena la balik awal. Tak pe, kita mancing dulu. Umpan katak tiruan, port sama macam semalam. Nak repeat sebab banyak kali tak lekat.

Try lubuk pertama, baling sekali dah kena sambar, rembat kuat tapi sayang tak lekat. Baling lagi dan disambar lagi. Apakan daya, tak lekat lagi. Lubuk pertama lapan kali strike, tapi satu je yang lekat. Cadet lepaskan balik sebab kecik.

Pergi tempat lain depan sikit, dari jauh dah nampak ikan menimbul. Baling sekali ikan tu ikut je tak nak sambar. Balingan kedua disambar kuat, rembat dan tak lekat..hadoiiii..katak tiruan ni tak brape ong la. 5 strike tak da 1 pun yang lekat.

Pergi depan lagi, kali ni jauh sikit. Tiba2 ternampak kumpulan anak haruan, merah lagi. Tersenyum lebar teman. Sekali baling, pommmm..disambar ibu haruan. Cadet rembat, tak lekat jugak. Lima kali disambar, 1 je yang lekat. Tu pun kecik je. ummmm..sabo jelah. Padahal dalam hati terbakar sebab kena main je dengan ibu haruan tu. Besar gak la.

Jam dah pukul 12, cadet pun balik untuk bersiap2 nak g solat jumaat. Habis solat cadet pergi sabak bernam jap, carik katak hidup. Mana boleh tahan kena main je dengan haruan..hehe.. Mahal dah katak sekarang ni, seringgit dapat 3 eko je. Cadet beli 4 ringgit je. Cadet beli katak tiruan eupro jugak, stok kecemasan..hehe..

Sampai rumah makan2 jap terus pegi port yang ada mama haruan tadi. Tapi menghampakan, ntah kemana mama haruan tu pegi. Cast2 dia tak layan, anak2 haruan yang banyak tu pun dah hilang entah kemana.

Tekanan..cadet pun try la tempat lain..dapat la baby haruan.


Baby haruan pertama



Baby haruan kedua


Cadet try guna katak tiruan eupro tu. Dapat satu je, yang lain tak lekat.


Saiz kecik je ni


Ni yang terakhir yang cadet dapat. Semua cadet lepaskan balik ke tempat asalnya. C&R. Amalkanlah catch and release ye, untuk mengelakkan kumpau di hari kelak. Lain kali boleh datang lagi dan pancing lagi..hehe..

No comments:

Post a Comment