Follow Jangan Tak Follow

Saturday, May 11, 2013

Trip Haruan : Edisi Memburu Mama Haruan 11/5/2013

Ini trip yang paling best la cadet rasa sebab hasil yang lumayan..memang puas hati..terbaekkk..

Lepas solat asar cadet terus menuju ke port yang semalam, parit ban. Kali ni cadet terus menuju ke port mama haruan yang tak dapat dapat. Berbekalkan set kesayangan cadet dan katak hidup, cadet pun memulakan operasi. Balingan pertama dah disambar oleh sang haruan. Baby je..layan je lah..

Awal-awal tu banyak baby je yang naik, inilah antaranya









Banyak baby je, menghabiskan umpan je. Baling-baling dan kayuh-kayuh lagi. Tetibe kebabooomm..sambaran deras di depan mata. Terkejut cadet. Air berbuih dan jadi keruh. tersenyum dah ni. Biar lama sikit, bagi ikan tu gigit kemas-kemas katak tu. Pommm..cadet rembat dengan kuat. Lalu dibawa lari ke bawah semak. Cadet tarik dan tarik lagi. Tuuuu ddiiiaaa..mama haruan yag tak berapa besar. Boleh la tahan. Gambar sikit.



Cadet baling lagi, lama sikit baru ada sambaran. Kali ni pon air jadi keruh. Besar ni besar ni. Tunggu lama sikit dan cadet sentap kuat-kuat. Ternyata adik beradik kepada mama haruan yang cadet dapat tadi..perghhh..puas hati..hehe




Hari pun dah nak gelap, cukup la kot untuk hari ni, lain kali cuba lagi..hehe..ni hasil keseluruhan yang cadet dapat hari ni



Dua ekor je yang cadet bawak balik, yang besar tu. Yang lain2 cadet lepaskan semula. Beringat-ingat ketika memancing, bawak balik mana yang perlu je. Sampai rumah cadet timbang, ingatkan ada la sekilo seekor. Rupannya tak sampai. Seekor 721gram dan lagi satu 732gram. Misi cadet nak dapatkan yang 2kg..hehe..harap2 tercapai..

Semoga berjumpa lagi di trip yang akan datang..assalamualaikum..

Friday, May 10, 2013

Trip Haruan 10/5/2013

Disebabkan tak tau nak buat apa, cadet ajak member cadet g mancing. Pagi-pagi dah gerak, hari jumaat pulak tu. Kena la balik awal. Tak pe, kita mancing dulu. Umpan katak tiruan, port sama macam semalam. Nak repeat sebab banyak kali tak lekat.

Try lubuk pertama, baling sekali dah kena sambar, rembat kuat tapi sayang tak lekat. Baling lagi dan disambar lagi. Apakan daya, tak lekat lagi. Lubuk pertama lapan kali strike, tapi satu je yang lekat. Cadet lepaskan balik sebab kecik.

Pergi tempat lain depan sikit, dari jauh dah nampak ikan menimbul. Baling sekali ikan tu ikut je tak nak sambar. Balingan kedua disambar kuat, rembat dan tak lekat..hadoiiii..katak tiruan ni tak brape ong la. 5 strike tak da 1 pun yang lekat.

Pergi depan lagi, kali ni jauh sikit. Tiba2 ternampak kumpulan anak haruan, merah lagi. Tersenyum lebar teman. Sekali baling, pommmm..disambar ibu haruan. Cadet rembat, tak lekat jugak. Lima kali disambar, 1 je yang lekat. Tu pun kecik je. ummmm..sabo jelah. Padahal dalam hati terbakar sebab kena main je dengan ibu haruan tu. Besar gak la.

Jam dah pukul 12, cadet pun balik untuk bersiap2 nak g solat jumaat. Habis solat cadet pergi sabak bernam jap, carik katak hidup. Mana boleh tahan kena main je dengan haruan..hehe.. Mahal dah katak sekarang ni, seringgit dapat 3 eko je. Cadet beli 4 ringgit je. Cadet beli katak tiruan eupro jugak, stok kecemasan..hehe..

Sampai rumah makan2 jap terus pegi port yang ada mama haruan tadi. Tapi menghampakan, ntah kemana mama haruan tu pegi. Cast2 dia tak layan, anak2 haruan yang banyak tu pun dah hilang entah kemana.

Tekanan..cadet pun try la tempat lain..dapat la baby haruan.


Baby haruan pertama



Baby haruan kedua


Cadet try guna katak tiruan eupro tu. Dapat satu je, yang lain tak lekat.


Saiz kecik je ni


Ni yang terakhir yang cadet dapat. Semua cadet lepaskan balik ke tempat asalnya. C&R. Amalkanlah catch and release ye, untuk mengelakkan kumpau di hari kelak. Lain kali boleh datang lagi dan pancing lagi..hehe..

Thursday, May 9, 2013

Trip Haruan 9/5/2013

Cadet tengah cuti sem sekarang ni, jadi banyak la masa lapang. Memang mancing sakan la cuti2 ni kan..hehehe..

Port kali ni dekat je, tak sampai 3 minit dari rumah cadet. Port kali ni ialah parit ban yang dibuat lebih kurang empat tahun lepas bagi mengelakkan banjir. Detail lokasi macam dalam gambar kat bawah ni


Tanda pangkah warna merah itu rumah cadet
Garisan panjang warna biru ialah parit ban yang dibuat tidak jauh dari sungai
Garisan merah ialah port cadet kali ini

Dalam pikul lima cadet gerak, tak lama sampai port tu. Senyap je sebab kat port tu jauh daripada penempatan. Air agak jernih, boleh nampak ikan-ikan yang timbul.

Kali ni cadet guna umpan tiruan je, katak getah. Selalunya cadet guna katak hidup, tapi katak tak de terpaksa la guna katak tiruan ni.

Strike banyak, tapi banyak kali tak lekat. Tekanan je bila ikan sambar tapi tak lekat.

Masa mancing cadet tak bawak camera, jadi tak da la gambar masa mancing. Ni dia hasil yang cadet bawak balik. Yang lain2 cadet lepaskan sebab kecik lagi.



ok, tu je kot..semoga berjumpa lagi di lain trip.